Sunday, August 27, 2006

Belajar Menulis dalam Bahasa Melayu

Adalah tidak mudah menulis dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai langgam sendiri, meskipun berasal dari satu rumpun yang sama dengan bahasa Indonesia. Ketika saya menulis untuk pertama kali sebuah artikel yang dimuat dalam Surat Kabar Utusan (25 Agustu 2006), ternyata penyunting telah mengedit sangat banyak tulisan saya. Nah, ini adalah tulisan yang kedua yang akan saya kirimkan ke koran yang sama.

Rencana

Tafsiran menurut dialektik

Oleh AHMAD SAHIDAH

The thought that facts or events might mutually contradict each other appears to me as the very paradigm of thoughtlessness [David Hilbert]

TULISAN Dr. Shaari Isa dalam Rencana bertarikh 25 Ogos 2006 bertajuk Tafsiran menurut Realiti memberangsangkan minda untuk memberi respons. Ia tidak hanya menggugat mengapa umat Islam mundur, tetapi juga cara pandang yang digunakan dalam melihat soalan secara binar, hitam-putih.

Berkaitan dengan pandangan masyarakat Islam terhadap perubahan zaman, beliau mengkategorikan dua puak, iaitu realist dan statis.

Puak realist adalah kelompok yang mentafsirkan sesuatu berdasarkan kepada realiti, yang mendorong masyarakat menuju kemodenan. Sedangkan puak statis berpandangan ideologikal dan sempit dengan mengajak kaumnya menuju romantisisme masa dahulu dan menolak pembaharuan.

Pandangan yang pertama telah melahirkan peradaban gemilang Islam pada kurun ke-7 hingga ke-13. Sebaliknya, yang kedua menyebabkan kemunduran, sebagaimana dialami oleh Iran setelah Revolusi 1979 dan kerajaan Taliban di Afganistan.

Simplifikasi Masalah

Dr. Shaari menyatakan bahawa pemikiran realist telah membuat masyarakat moden dan maju, sebagaimana dicontohkan oleh Barat sekarang ini. Secara tersirat, kenyataan ini menunjukkan bahawa kemajuan Eropah adalah sebuah kejayaan. Justeru, modeniti Barat dinilai gagal oleh para pemikir daripada kalangan mereka sendiri, seperti Max Horkheimer dan Theodor Adorno dalam buku Dialectic of Enlightenment (1973).

Kehidupan moden yang berasaskan Pencerahan (Aufklarung) sebenarnya mengulang semula praktik yang dilakukan puak primitif, iaitu pengekalan mitos. Mereka yang didakwa rasional sebenarnya meraikan pemujaan terhadap materi, jika duhulu kala melalui semahan agar para roh leluhur tidak murka, dan sekarang orang mengagongkan uang untuk meraih kebahagiaan.

Kerosakan alam sekitar, pencemaran air dan udara ekoran pembalakan, serta peperangan dengan senjata canggih adalah kesan yang dilahirkan oleh peradaban moden. Pencapaian teknologi telah menyebabkan eksploitasi terhadap sumber daya alam tidak boleh dikawal kerana jentera yang digunakan melebihi kapasiti manusia untuk mengatasinya.

Apatah lagi, contoh dari puak statis adalah kemenangan Revolusi Iran 1979 yang dipelopori oleh Ayatullah Khomeini. Ini adalah sebuah kesalahan fatal, kerana ia memperlekehkan sejarah kebangkitan para ulama dan masyarakat akar umbi dalam menentang kezaliman rejim diktator, Reza Pahlevi, yang didukung oleh Amerika Syarikat. Selain itu, ia juga menafikan para pendukung pembebasan rakyat Iran yang terdiri dari para pemikir progresif seperti Ali Syari’ati dan Abdul Karim Soroush.

Ali Syari’ati tidak hanya menggunakan al-Qur’ān sebagai argumentasi, tetapi sekaligus kaedah sosiologi dan pemikiran falsafah untuk membangkitkan semangat rakyat melawan tirani, demikian juga yang dilakukan oleh Karim Soroush. Secara am, Iran telah menunjukkan kemandirian dalam bidang teknologi dan politik. Bahkan, Nematollah Azadmanesh, seorang pelajar PhD di Univesiti Sains Malaysia (USM), mengatakan bahawa seluruh institusi pengajian tinggi awam di negara Mullah ini tidak dipungut iuran. Bukankah ini adalah bentuk sebuah kejayaan dan kemajuan?

Kemudian, apakah kerajaan Taliban merupakan satu bentuk kemunduran? Saya pikir siapapun tidak boleh menggunakan kayu ukur subjektif, apalagi idealisme Barat. Dalam salah satu kesaksiannya, Yvonne Ridley, seorang wartawan England, memeluk Islam kerana ketika diculik pasukan Taliban melihat dengan kepala mata sendiri bahawa mereka memperlakukan perempuan dengan penuh hormat. Bahkan, hukum ‘otoriter’ yang digunakan oleh kelompok ini sebenarnya untuk mencegah meluasnya peperangan antarapuak. Pada masa Taliban, Afghanistan menikmati keamanan.

Kecelaruan lain adalah pembezaan antara pelajaran agama dan ilmu pengetahuan sebagai dua hal bercanggahan. Padahal kedua-dua ini sama-sama memberikan sumbangan bagi pembentukan sebuah masyarakat sivik atau madani. Bagaimanapun, struktur masyarakat yang kukuh mensyaratkan peranan agamawan dan ilmuwan sekaligus. Kesemuanya boleh berpartisipasi untuk menciptakan negara yang makmur dan diredai Allah – baldatun tayyibatun wa rabbun ghafūr.

Tafsiran Dialektik

Pemikiran statis biasa mendakwa bahwa segala-gala perbuatan manusia harus berpijak kepada idealisme, sementara realisme berpegang kepada alasan rasionalisme, dan tak jarang pragmatisme. Yang pertama boleh dirujuk pada tradisi pemikiran Plato dan yang kedua mengacu pada warisan Aristoteles yang kemudian dikembangkan oleh René Descartes. Menurut Hegel, Ahli falsafah Jerman, apabila terdapat dua proposisi yang bertentangan maka seseorang cukup memandangnya sebagai tesis dan anti-tesis, yang akhirnya melahirkan sintesis.

Antara puak statis dan realist sebenarnya tak perlu dipertentangkan secara berhadap-hadapan. Malah, boleh dikatakan kedua-dua kaedah ini saling melengkapi. Fahaman Statis, sebagaimana pandangan Fazlur Rahman, adalah upaya untuk merungkai kembali otentisiti ajaran agama sama ada merujuk pada teks al-Qur’ān mahupun al-Sunnah, sementara realist adalah menyesuaikan dengan masa kini. Dalam bahasa pemikir neo-modenist Pakistan ini, adalah perlu digunakan pentafsiran doble-movement, gerakan bolak-balik antara masa dahulu dan masa kini.

Jika lebih menitikberatkan pada masa dahulu, umat Islam akan terus dibelenggu oleh keterasingan kerana dunia telah berubah, sementara jika terlalu mengambil berat pada masa kini, realiti yang ada di hadapan kita, kritisisme akan mati, sebab realiti kontemporeri yang mewujud dalam modeniti telah muflis.

Kita memerlukan pentafsiran yang tidak lagi terperangkap pada pembezaan binar – kalau tidak ini, pasti itu, melainkan kita cuba melakukan sintesis antara kedua-dua kaedah ini. Sebagaimana dikatakan oleh Roland Barthes, ahli Falsafah Perancis, pada hakikatnya dua hal yang tampak berbeza, jika diselidiki lebih dalam boleh jadi kedua-duanya merupakan sebuah pengertian yang tunggal, iaitu pemikiran yang syumul. Bahkan, Mary Douglas menyatakan bahawa pembezaan binar itu (seperti realist dan statis) memang tugas klasifikasi pengetahuan, tetapi kehidupan yang sebenar tidak sesederhana pembahagian ini.

Sekolah-sekolah yang memberi tekanan kepada aspek sunat tetap dipertahankan, tetapi harus menambah pelajaran yang memangkinkan daya kritikal pelajar agar pemahaman keagamaan tidak mengadaptasi secara verbal daripada kultur Arab. Sedangkan sekolah-sekolah yang menumpukan perhatian pada ilmu pengetahuan juga diajarkan nilai-nilai etik yang berteraskan Kitab Suci agar terdapat keseimbangan antara kewajiban dunia (realist) dan akhirat (idealist).

Dari penggabungan dua mod ini diharapkan generasi muda tidak menyanjung kemajuan dengan melupakan moraliti, atau mengutamakan akhlak tetapi menolak moderniti, melainkan generasi yang merangkumi kedua-duanya. Namun demikian, sesebuah negara perlu membuat sekolah khusus agama (fakulti atau maktab) untuk memajukan kajian keislaman sebagai ilmu murni dan pengetahuan teknologi (ilmu gunaan) untuk menunjang pembangunan. Wallāhu a’lam.

 PENULIS adalah Pelajar PhD Kajian Tamadun Islam Universiti Sains Malaysia

Tafsiran Menurut Dialektik

Adalah tidak mudah menulis dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai langgam sendiri, meskipun berasal dari satu rumpun yang sama dengan bahasa Indonesia. Ketika saya menulis untuk pertama kali sebuah artikel yang dimuat dalam Surat Kabar Utusan (25 Agustu s2006), ternyata penyunting telah mengedit sangat banyak tulisan saya. Nah, ini adalah tulisan yang kedua yang akan saya kirimkan ke koran yang sama.

Monday, August 14, 2006

Fatimah Chen Chen

Novel ini membuat saya sesak, haru dan mengguncang. Sebuah alur yang menghentak batin. Jika ia mampu menggerakkan saya setelah membaca, semoga ini akan terus berlanjut. Namun, saya harus mengembalikannya, sebab ia novel penting dan bisa dibaca banyak orang. Semoga!

Karya yang ditulis oleh Motinggo Busye ini dipuji banyak pengamat sastera. Meskipun, itu tidak terlalu mempengaruhi saya dalam mengambil sikap. Saya mempunyai cara sendiri membaca sebuah karya.

Mungkin, harapan saya adalah berbagi dengan teman-teman untuk turut membacanya. Dari sini, penikmat novel ini akan saling menceritakan pengalamannya.

Murid Sunan Kalijaga

Bertemu dgn Mas Zainul Abas di Jember. Setelah sekian lama tak bersua, kami tetap menyatu di bawah guru Sunan Kalijaga.