Saturday, January 21, 2012

Menyumbang Buku SPE


Secara deontologikal, penyumbang buku Sains Pemikiran & Etika (SPE), Mardzelah Makhzin, adalah mahasiswa yang menganuti fahaman etika yang dicadangkan oleh pemikir Jerman, Immanuel Kant, bukan teleologikal, yang digelorakan oleh Jeremy Bentham, ahli falsafah Inggeris. Ia tentu tidak memikirkan keuntungan dengan menyumbangkan buku tersebut kepada Perpustakaan Sultanah Bahiyah, padahal yang bersangkutan boleh menjual buku rujukan tersebut pada adik kelas (junior) dan mendapatkan wang. Dengan menyumbangkan buku, pelajar SPE tersebut berbuat baik bukan atas dasar perolehan markah cemerlang, namun ia menggalakkan orang ramai mencintai pengetahuan dan berbuat baik, meskipun kecil, namun memilik impak yang besar. Hebatnya, ia tak perlu dinamakan di sudut perpustakaan kerana sememangnya kata Nabi Muhammad, jika tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu.

Adakah Anda telah melakukan?

No comments:

Murid Sunan Kalijaga

Bertemu dgn Mas Zainul Abas di Jember. Setelah sekian lama tak bersua, kami tetap menyatu di bawah guru Sunan Kalijaga.