Wednesday, October 29, 2025

Kuasa Ide

Apa makna moden? Idea? Universiti? Pada saya, masa itu boleh difahami sebagai "duration" dan "time". Kalau kita gembira, serasa "duration", sehingga tak kira berapa jam dihabiskan, tetapi kala kita bekerja, kuasa menentukan pukul berapa kita kena masuk kelas, mengajar, dan tidur.

Kemampuan berfikir hakikatnya dimiliki oleh siapa sahaja, tanpa kira bangsa. Tetapi, kini episteme masih berada dalam kuasa barat, sehingga apa sahaja kita kena rujuk pada apa kata mereka tentang kebenaran. Ikhtiar penyahjajahan (dekolonisasi) hangat diperbincangkan oleh ramai sarjana di pengajian tinggi.

Apa yang dilakukan oleh Pak Ferry Hidayat untuk menggunakan teori-teori tempatan adalah usaha murni untuk menjaga akal budi agar kita berpijak pada bumi yang nyata, bukan sekadar memetik pandangan orang luar tanpa fikiran yang jernih dan kritikal
 

No comments:

Kuasa Ide

Apa makna moden? Idea? Universiti? Pada saya, masa itu boleh difahami sebagai "duration" dan "time". Kalau kita gembira,...