Sumber: Majalah Sastera
Ahmad Sahidah*
Di sela menyelesaikan tesis PhD, saya seringkali mengikuti aktiviti sastera yang dianjurkan oleh pusat pengajian tempat saya belajar. Acara sastera yang terakhir saya ikuti di kampus Universiti Sains Malaysia adalah diskusi buku Jelebak Jelebu Corat Coret Anak Kampung karya Dr Rais Yatim dan kedua pelancaran 3 buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Debat Kesusasteraan Dunia, Sastera Melayu dan Amerika Latin dan Deklarasi Belantara. Malangnya, kedua-duanya tidak menarik minat pelajar datang untuk berkongsi dengan para pembentang bagaimana menyingkap tabir rahsia dunia kesusasteraan.
Kalaupun ada segelintir pelajar datang, itu kerana mereka harus hadir atas permintaan pensyarahnya dengan menuliskan nama dan nombor kad matrik di daftar hadir. Belum lagi, hampir tak ditemukan pelajar dari pusat pengajian lain, sehingga timbul imej bahawa sastera adalah milik pelajar sastera sahaja. Satu sesat fikir yang jamak dianuti oleh kebanyakan pelajar sekalipun.
Sejatinya, aktiviti kesusasteraan akan banyak mendatangkan peminat hadir sehingga dewan penuh sesak dan tak cukup kerusi seperti mana program hiburan yang menjemput pelakon atau penyanyi ke universiti. Jika sastera tak mendapatkan apresiasi dari kalangan terpelajar, bukankah ini adalah pertanda kematian bagi sastera? Ya, sastera telah menjadi barangan asing di buminya sendiri.
Mempopularkan Sastera
Dalam satu kesempatan, Prof Mohd Haji Salleh, sasterawan negara, menegaskan bahawa budaya popular, seperti novel popular, film dan lagu tidak lebih daripada karya berselera rendah, namun justeru banyak dinikmati oleh orang ramai. Lalu, bagaimana dengan karya-karya sasterawan termasyhur yang hanya dinikmati oleh sedikit peminat? Jika mereka menyatakan diri sebagai penulis karya berselera tinggi, tetapi karyanya tidak banyak disentuh pembaca, tidakkah mereka boleh dikatakan gagal menyampaikan pesanan kepada orang ramai?
Puisi Usman Awang dan A Samad Said yang dijadikan nyanyian mungkin akan mendekatkan sasterawan ke khalayak ramai, meskipun nama besarnya akan tenggelam oleh penyanyi atau personaliti yang membawakan puisinya dalam bentuk nyanyian. Televisyen dan akhbar lebih banyak menyoroti tingkah laku personaliti berbanding sasterawan, sehingga yang terakhir tidak dikenali secara lebih dekat. Sudah masanya media televisyen memberikan ruangan bagi pengenalan sastera lebih berkesan kepada penonton.
Sebenarnya, karya Rejab FI, yang diperkatakan dalam majelis sastera di atas, boleh mendekatkan sastera kepada khalayak, namun kerana ia tidak mendapatkan liputan luas, maka hanya penikmat ‘tulen’ sastera yang boleh mereguk nikmatnya kata-kata. Bagaimanapun, sastera itu adalah dunia kata yang boleh dinikmati sesiapa dan tak memerlukan kepakaran khusus. Sastera sebenarnya adalah kata yang akrab dalam kehidupan seharian, tetapi ia telah mengalami perubahan media dan daya pengungkapan yang lebih berkesan.
Padahal, kalau diperhatikan secara cermat, apa yang ditulis oleh Rejab dalam cerpennya adalah bayangan sesebuah kehidupan yang ditimba daripada rencah kehidupan masyarakat, diabadikan sebagai cemin budaya sesebuah kehidupan. Ya, sumber dari karyanya itu berasal daripada perbualan dan pengalamannya sendiri. Oleh itu, ia sebenarnya adalah kisah sebenar yang telah mengalami transformasi menjadi satu karangan kreatif.
Apatah lagi, dalam karyanya Rejab seringkali menggunakan pendekatan realisme, yang memungkinkan pembaca lebih senang memahami kerana biasanya sang penulis menyusun ayat sedekat mungkin dengan realiti, tanpa kehilangan gaya artistik sebab beliau juga memanfaatkan metafora, perbandingan dan simbolik untuk menarik perhatian pembaca.
Pendek kata, karya Rejab boleh difahami khalayak. Namun masalahnya bagaimana membawa karya ini ke masyarakat lebih luas, tidak hanya diperkatakan di kalangan para sarjana dan pelajar sastera. Saya fikir Ini memerlukan kerja yang membabitkan personaliti yang sudah dikenali untuk juga turut serta dalam perbincangan karya sastera. Sudah masanya, sastera menjadi bahagian kehidupan keseharian masyarakat.
Selain itu, kita berharap agar kita tidak lagi memperdulikan perdebatan tentang budaya berselera tinggi dan rendah agar boleh mengubah kajian sastera yang rumit menjadi karya yang boleh dibaca oleh sesiapapun. Genre apapun dalam sastera yang ditulis oleh pengarang harus dihargai sebagai ikhtiar untuk membiasakan masyarakat melihat realiti sebagaimana struktur dalam karya yang mengandaikan adanya plot, perwatakan, dialog, protagonis dan antogonis, sehingga awam tidak senang berprasangka. Mereka boleh memahami satu soalan secara syumul dan dengan demikian boleh berpandangan luas.
Walau bagaimanapun, sastera, seperti diutarakan oleh Suchismita Sen dalam “Speaking between the Chasm: Literature as a Bridge between Science and Religion” (Cross Currents, 2007) merupakan alat yang boleh menyampaikan pesanan keagamaan lebih menyentuh berbanding sains ataupun ajaran agama itu sendiri. Beliau mengetengahkan “It is here that I argue that creative literature, specifically, fictional literature (describing religious behavior) may play a crucial role by bridging the gap between the empirical method favored by scientists and the decriptive method of humanities.
Sen memberikan contoh catatan pengalaman mistik peribadi seorang suci St Theresa of Avila atau sajak-sajak William Blake, yang memberikan gambaran tentang kedalaman spiritual, tetapi susah diungkap dalam arena empirikal kerana pengalaman ini unik dan tidak boleh diungkap semula sebab bersifat asali. Di dalam tradisi Islam, mungkin kita boleh mendapati kedalaman ini pada sajak-sajak Shabistari, ahli sufi dan penyair dari Parsi, dalam Rahsia Kebun Mawar, yang berupaya menggambarkan pengalaman spiritual dengan metafora sebuah kebun mawar yang kita boleh mencapai rahsia Ilahi melalui pohon-pohon yang ada di dalamnya.
Dari keterangan di atas, tugas penggiat sastera sekarang adalah cuba mengajak orang ramai untuk tidak lagi melihat karya sastera sesuatu yang ada di atas menara gading, tetapi ada di bumi tempat kita berpijak dan mengalami kehidupan seharian. Sastera tidak lagi dipenjara di dalam ruang seminar dan pertunjukan di atas panggung sasaran. Hakikatnya, sastera boleh dan mesti hadir di mana-mana, di televisyen, radio, lebuh raya dan bahkan di pasar.
Penulis adalah Pelajar PhD Ilmu Kemanusiaan dan Pembantu Penyelidik Siswazah di Universiti Sains Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Murid Sunan Kalijaga
Bertemu dgn Mas Zainul Abas di Jember. Setelah sekian lama tak bersua, kami tetap menyatu di bawah guru Sunan Kalijaga.
-
Semalam, kami berlatih menyanyikan lagu daerah, Apuse Kokondao Papua dan Ampar-Ampar Pisang dari Kalimantan. Ibu Yunita, mahasiswa PhD Musik...
-
Semalam takbir berkumandang. Hari ini, kami bersama ibu, saudara, dan warga menunaikan salat Idulfitri di masjid Langgundhi. Setelah pelanta...
-
Saya membawa buku Philosophy for Dummies untuk coba mengenalkan anak pada filsafat. Biyya tampak bersemangat tatkala pertama kali mendapatka...
1 comment:
Suka dengan penulisan Ahmad - buah fikirannya, ideanya... jitu dan mantap. Seorang penulis yang bijak berkata-kata, bijak menyusun kata...
Post a Comment