Wednesday, March 23, 2016

Pesta Buku

Siapapun suka pergi ke pesta. Di sini, seseorang boleh berseronok. Tapi, adakah buku boleh memberikan keseronokan? John Stuart Mill (1806-1873) membezakan keseronokan kepada dua, iaitu aktiviti yang mempunyai nilai rendah kerana hanya melibatkan keseronokan sensual (Seperti, makan, minum, seks dan sebagainya) dan yang mempunyai nilai tinggi (Misalnya, pengetahuan, kebudayaan, dan keintelektualan).

Dengan merujuk kepada idea ahli falsafah Inggeris itu, kegemaran membaca buku adalah keseronokan tinggi yang mesti dicapai oleh seseorang. Untuk itu, pelajar berpeluang untuk memupuk minat membaca dengan sentiasa mengunjungi majlis yang merancakkan dunia pengetahuan, seperti pesta buku yang dianjurkan oleh penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerja sama dengan beberapa institusi yang prihatin terhadap pengembangan keilmuan.

Agar boleh menarik orang ramai berkunjung, penganjur tidak hanya menyediakan tapak pameran buku, tetapi juga beberapa aktiviti untuk menarik orang ramai, terutama kalangan remaja, mengunjungi pesta buku, seperti pertandingan mengeja, puisi, mewarna, dan bengkel penulisan kreatif. Sebagai wujud sokongan terhadap kegiatan seumpama ini, saya membeli tiga buah buku, iaitu Anticonformity (Benz Ali), Falsafah Akhlak (Mohd Nasir Omar) dan Tuhan, Manusia, dan Alam dalam al-Qur'an: Pandangan Toshihiko Izutsu (Ahmad Sahidah). Inilah masanya untuk menukarkan boucar buku yang mahasiswa miliki dengan karya-karya yang mengilhamkan.






No comments:

Majemuk

Selama abad kelima, orang-orang Yunani menyadari bahwa hukum dan adat istiadat beranekaragam dari satu masyarakat ke yang lain, serta satu t...