Dunia Deklamasi Puisi Melayu telah meletakkan tokoh W.S. Rendra sebagai seorang legenda Melayu yang menghantarkan bingkisan zaman tentang kemanusiaan Melayu dan perkembangan politik Melayu Nusantara ke persada dunai antarabangsa. Tokoh penyair terkenal dunia melayu dan dramawan tersohor – W.S. Rendra (Indonesia) telah kembali ke rahmatullah pada 6 Ogos 2009 yang lalu. Allahyarham meninggalkan kita lapangan sasar Puisi Melayu tentang kemanusiaan sejagat memerangi kezaliman dan mengembalikan harga diri rakyat marhen dan hak-hak kemanusiaan.
Buku-buku hasil puisi dan dramanya banyak diterbitkan dan diikuti pembaca dari pelbagai kalangan masyarakat. Kehilangan beliau amat dirasakan dan segala kerja seni sastera yang ditinggalkannya itu perlu kita hayati dan membicarakannya dalam suatu forum atau diskusi keilmuan.
Tujuan
Sebagai penyemarakkan Seni Deklamasi Puisi dan Drama Melayu yang merentasi batas sempadan Nusantara yang luas dan bagi menghubungkan silaturahmi yang sedia terjalin di antara rumpun negara sesaudara (Indonesia dan Malaysia) sejak lama, maka acara penyatuan rumpun Melayu ini ditautkan kembali sebagai suatu wadah.
Rendra merupakan penyair besar Melayu Nusantara selepas penyair Amir Hamzah dan Chairil Anwar yang menyuarakan tentang kemanusiaan sejagat. Memperingati ketokohan beliau sebagai idola penyair yang berkarisma.
Menjejaki dan mempelajari segala gagasan fikiran Rendra dan renungan melalui puisi-puisinya tentang rakyat kelas bawah dan corak pemerintahan yang menindas rakyat dan ketidakadilan perlu dibicarakan dan dicari pendekatannya.
Mencari pendekatan penghayatan kesenimanan Rendra yang terkenal dengan penampilan membacakan puisi-puisinya dengan suaranya yang lantang seharusnya dijadikan tauladan. Segala hasil karya puisi-puisi dan drama-dramanya dikaji dan diteliti serta dihayati untuk dipelajari oleh khalayak terutama generasi baru dan mengeratkan hubungan Malaysia. [Diambil dari proposal atau kertas kerja Persatuan Karyawan Pulau Pinang]
No comments:
Post a Comment