Sebuah artikel untuk koran Malaysia:
rencana
Oleh Ahmad Sahidah
Kehadiran setia usaha Forum Dunia untuk Kesatuan Institut Pemikiran Islam Iran, Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri, ke Malaysia pada bulan Ogos yang lalu, menunjukkan bahawa kesatuan Umat Islam menemukan mementumnya. Dalam sebuah temu bual dengan wartawan, beliau memberi cadangan bahawa tiga hal yang kena dilakukan iaitu bersatu padu, jangan berpecah; maju jangan jadi mundur dan kembali kepada ajaran Islam.
Ali Taskhiri merasa optimis bahawa keinginan menuju pemahaman Islam yang lebih sempurna dan perpaduan umat sejagat boleh tercapai. Optimisme ini akan terwujud apabila segala-gala unsur masyarakat mengutamakan persamaan yang berjumlah 95 peratus, dan dan tidak menonjolkan 5 peratus perbezaan. Ini bererti bahawa selama ini perselisihan di antara para pemikir Muslim lebih menumpukan pada hal remeh-temeh.
Respons Pelbagai Aliran
Sebenarnya fenomena mazhab – sebagai pemicu perpecahan - adalah fenomena Abad Tengah. Sekarang, para pemikir Islam sudah tidak terkotak ke dalam pelbagai aliran fikah (Malikī, Shafi’ī, Hambalī, Hanafī, dan Ja’farī), tauhid (al-Ash‘arī dan al-Māturidī), tasawuf (al-Ghazālī, Ibn ‘Arabi atau Jalaluddin Rumi), tetapi lebih mengembangkan metodologi (manhaj). Hal ini dilakukan untuk memberi respons kepada soalan kontemporari.
Merujuk kepada tulisan Dr. Abdul Rahman, Pemikiran Islam di Malaysia (1997), sekarang umat Islam terbahagi ke dalam pelbagai kelompok aliran, seperti tradisionalis, ortodoks, konservatif, fundamentalis, idealis, reformis, modenis, progresif, sekular dan liberal. Namun, dari berbagai-bagai aliran ini boleh diikhtisarkan menjadi tiga kelompok besar, iaitu tradisionalisme, modenisme dan reformisme.
Tradisionalisme digunakan dalam pengertian konservatif atau mempertahankan yang lama. Para pendukung puak ini selalunya menentang pembaharuan dan perubahan. Mereka menyatakan bahawa kemunduran Islam kerana mereka menjauhkan diri dari ajaran generasi masa dahulu dan mengikuti ‘godaan setan’ dari Barat. Pandangan semacam ini dianut oleh para ulama sebagai pewaris Nabi. Datuk Seri Harussani, mufti Perak, memegang posisi kunci di dalam aliran ini.
Modenisme melakukan upaya untuk mengadaptasi pemikiran dan kehidupan orang Islam dengan zaman kini. Di sini, menurut Fazlur Rahman, umat Islam melakukan ijtihad dengan mengambil idea dan argumentasi Barat moden, seperti peranan akal dalam agama, demokrasi dan hak-hak wanita. Boleh dikatakan bahawa puak progresif, sekular, dan liberal berakar pada gagasan modenisme. Para intelektual yang mentafsirkan semula teks agama secara kontekstual adalah Chandra Muzaffar, Zainah Anwar, Kassim Ahmad, Kassim Anwar, Faris A Noor dan Akhbar Ali.
Sedangkan reformisme lebih mengutamakan kemurnian ajaran berlandaskan ishlah dan tajdid. Yang pertama merupakan upaya untuk membaiki dan membersihkan Islam dan pemalsuan dan penyelewengan dan yang kedua memperbaharui atau menyegarkan semula fahaman dan komitmen terhadap ajaran-ajaran agama sesuai dengan tuntutan zaman. Antara tokoh yang menyuarakan gerakan ini adalah Dr. Asri bin Zainal Abidin, Prof. Madya Mohammad Kamil dan Prof. Madya Fauzi Deraman.
Namun sayang, para intelektual acapkali mempertajam perbezaan. Ketika saya membaca buku Islam Liberal: Tafsiran Agama yang Kian Terpesong, salah satu penulis dalam buku ini menyatakan bahawa Syi’ah dan Mu’tazilah adalah sesat. Sementara pada saat yang sama sang penulis mengutip pendapat al-Rāghib al-Asfahānī, seorang ulama Syi’ah, berkaitan dengan pengertian jahil (ignorance). Kecelaruan semacam ini justeru menunjukkan bahawa betapa berbahayanya dakwaan sesat pada ‘mazhab’ lain.
Bagaimanapun juga, golongan syi’ah seharusnya dihargai kerana tradisi pemikirannya telah menghidupkan semula pemikiran falsafah Islam. Tokoh-tokoh seperti Ikhwan al-Safa, Mutahhari, Mulla Sadra, dan Hairi Yazdi telah menjadi jembatan bagi keberlangsungan pemikiran kritis dalam Islam. Bahkan di dalam bidang lain, mereka juga telah turut serta memberikan kontribusi terhadap pemikiran Islam, seperti al-Firuzabadi yang menulis Tafsīr ibn ‘Abbas.
Agenda Masa Hadapan
Sebenarnya institusi untuk merapatkan pelbagai aliran umat Islam banyak sangat. Pada peringkat negara, Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang dipengerusi oleh PM Datuk Seri Abdullah Badawi, telah memainkan peranan penting untuk mengawal kepentingan negara anggota. OIC boleh menjana kemajuan ekonomi dan sosial bagi tiap-tiap anggota sehingga negara-negara Islam tidak tergantung kepada institusi kewangan Barat, seperti World Bank, International Monetary Fund dan World Trade Organization.
Sementara pada peringkat intelektual, telah ditubuhkan ICIS (International Conference of Islamic Scholars) di bawah setia agung Hashim Muzadi, yang berusaha memberi sumbangan pemikiran bagi terciptanya Islam yang sederhana (moderate) dan terbuka (open-minded). Dalam muktamar kedua di Jakarta yang juga dihadiri oleh Abdullah Badawi, pertubuhan ini tidak hanya membicarakan masalah yang dihadapi umat Islam secara teoretikal, tetapi juga dicari solusi praktikal.
Berdasarkan perkataan al-Mukhafazatu al-Qadim al-Salih wa al-Akhdu bi Jadid al-Aslah, yang bermaksud memelihara tradisi lama yang baik dan mengambil tradisi baru yang lebih baik, maka perbezaan antara pelbagai puak di dalam Islam tidak menghalangi sebuah dialog. Apatah lagi, Datuk Seri Harussani di dalam wawancara dengan Berita Harian (18 Juni 2006) mengatakan bahwa para ulama membuka diri untuk melakukan dialog dengan kelompok yang selama ini bertentangan pendapat mengenai masalah keislaman. Atas dasar ini, maka kesatuan umat Islam adalah mungkin diwujudkan. Semoga.
AHMAD SAHIDAH adalah Pelajar PhD
Kajian Tamadun Islam Universiti Sains Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Majemuk
Selama abad kelima, orang-orang Yunani menyadari bahwa hukum dan adat istiadat beranekaragam dari satu masyarakat ke yang lain, serta satu t...
-
Semalam, kami berlatih menyanyikan lagu daerah, Apuse Kokondao Papua dan Ampar-Ampar Pisang dari Kalimantan. Ibu Yunita, mahasiswa PhD Musik...
-
Semalam takbir berkumandang. Hari ini, kami bersama ibu, saudara, dan warga menunaikan salat Idulfitri di masjid Langgundhi. Setelah pelanta...
-
Saya membawa buku Philosophy for Dummies untuk coba mengenalkan anak pada filsafat. Biyya tampak bersemangat tatkala pertama kali mendapatka...
No comments:
Post a Comment