Tuesday, April 17, 2007

Penghargaan


بسم الله الرحمن الرحيم

Saya mengucapkan syukur ke hadirat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang yang telah memberi kekuatan untuk menyelesaikan penulisan disertasi ini. Demikian juga, semoga salawat dan salam sentiasa tercurahkan kepada jungjungan kita Nabi Muhammad sallalLahu ‘alaihi wasallam.

Disertasi ini tidak akan dapat diselesaikan dengan baik tanpa bantuan yang telus daripada penyelia Profesor Madya Zailan Moris. Kesabaran dan kecermatan beliau untuk mendiskusikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan tema disertasi dan bagaimana menggunakan sebuah pendekatan yang boleh diterapkan agar boleh mengantarkan karya ini pada kedudukan yang kukuh sebagai usaha ilmiah dan akademik adalah sangat membantu.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Profesor Abu Talib Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan seluruh staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia kerana memungkinkan saya menjalani masa-masa luang dengan nyaman di kampus dan boleh menggunakan kemudahan yang disediakan, seperti perpustakaan, akses internet dan bilik sumber.

Suasana akademik yang nampak hidup dengan sering diselenggarakan kegiatan seminar telah memantik semangat saya untuk terus bergiat di dalam aktiviti ilmiah yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Pusat Sains dan Falsafah Islam dalam beberapa pertemuan. Kegiatan yang membabitkan sarjana dari seluruh semenanjung telah menghidupkan perbincangan pelbagai isu dari sudut pandang keilmuan. Di sini, saya boleh belajar dari Chandra Muzaffar, Datuk Harussani Zakaria dan Osman Bakar, untuk menyebut sebahagian dalam menyampaikan gagasan dan melihat dunia lebih luas.

Persekitaran kampus juga turut memberi kenyamanan. Tasik yang dipenuhi ikan boleh menghiburkan saya di tengah kepenatan membaca. Padang bola, badminton, tenis, bola keranjang, pingpong dan track stadium adalah kemudahan lain yang selalu menyenangkan untuk membuat tubuh sihat dan cergas.

Demikian juga, saya tak lupa untuk memberikan penghargaan kepada staf perpustakaan, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISEAS Universiti Kebangsaan Singapore. Mereka telah memberikan perkhidmatan yang berharga pada saya untuk menerokai sumber-sumber rujukan yang berhubungan dengan tema disertasi. Secara khusus, saya tidak melupakan profesionaliti yang ditunjukkan oleh para staf perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia yang banyak menyediakan bahan disertasi dan bahkan buku-buku lain yang menjadi minat saya, seperti novel, politik, sosial dan ilmu kemanusiaan. Ketersediaan jurnal dan akhbar melengkapi keperluaan saya akan maklumat terbaru mengenai wacana ilmiah dan informasi semasa.

Tentu sahaja, dukungan dari keluarga, Ibu, kakak dan adik serta isteri tersayang Tetty Noor ‘Aini yang rela masa indahnya direnggut kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk belajar di Malaysia. Demikian pula, teman-teman PPI (Persatuan Pelajar Indonesia) yang memberikan suasana rumah di negeri rantau sehingga saya menemukan wajah kampung di sini, bumi Minden.

Ahmad Sahidah

No comments:

Majemuk

Selama abad kelima, orang-orang Yunani menyadari bahwa hukum dan adat istiadat beranekaragam dari satu masyarakat ke yang lain, serta satu t...